Jumaat, 27 November 2015

Pengemaskinian Fail-fail SKTP 2015

Pagi hingga tengah hari ini (Jumaat, 27 November 2015), guru-guru dan staf Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor masih membuat pengemaskinian fail-fail unit masing-masing bagi tahun ini.

Guru-guru akan mengemaskini fail-fail berkenaan dari semasa ke semasa untuk melengkapkan kandungan di dalamnya walaupun sekarang merupakan hari cuti persekolahan akhir tahun 2015.

Khamis, 26 November 2015

Mesyuarat SKK dan Mesyuarat Guru SKTP Kali Ke-4 2015

Antara jam 9:30 pagi hingga 2:00 petang tadi (Khamis, 26 November 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Mesyuarat Guru Kali Ke-4 bagi tahun ini.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat. Beberapa kali berhenti rehat ketika mesyuarat berlangsung.

Rabu, 25 November 2015

Hari Kualiti dan Jamuan Akhir Tahun SKTP 2015

Antara jam 2:30 hingga 5:00 petang tadi (Rabu, 25 November 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Hari Kualiti dan Jamuan Akhir Tahun 2015 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Bistro/ Steamboat. Ia adalah anjuran Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Taman Puteri.

Guru-guru dan staf-staf Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah hadir menikmati jamuan serta menerima anugerah masing-masing. "Sehati dan Sejiwa Bersama Selamanya".

Selasa, 24 November 2015

Bengkel PKS-SKPM Sekolah-sekolah Rendah Zon Cheras 2015

Pagi hingga Zohor tadi (Selasa, 24 November 2015), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Bengkel Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) untuk sekolah-sekolah rendah yang terletak di Zon Cheras. Bengkel PKS-SKPM kali ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, Cheras, Hulu Langat, Selangor. Ceramah disampaikan oleh Encik Azhar bin Kadir, kakitangan PPDHL.

Peserta-peserta bengkel dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras yang hadir ialah Puan Roslinda binti Kamiss (Guru Besar), Tuan Haji Mohd Yusof bin Md Nor (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) dan Ustaz J (Setiausaha SKPM/ Guru Data Pengurusan Sekolah).

Isnin, 23 November 2015

Kursus Asas Kaedah Mengajar ReadEasy SKTP 2015

Pagi hingga Zohor tadi (Isnin, 23 November 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Kursus Asas Kaedah Mengajar ReadEasy (ReadEasy Basic Phonics Teaching Course) untuk guru-guru sekolah ini. Ia merupakan salah satu program Kebitaraan Bahasa Inggeris Sekolah Kluster Kecemerlangan. Juga Latihan Dalam Perkhidmatan yang dikenali sebagai LADAP untuk guru-guru.

Ceramah telah disampaikan oleh penulis buku Siri Cepat Membaca, Bacalah Anakku & ReadEasy iaitu Encik Othman bin Ahamad dan Nik Eliani binti Nik Nawi. Mereka ialah pasangan suami isteri. Seorang anak perempuan mereka turut serta dalam membantu perjalanan program ini.

Sabtu, 21 November 2015

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan SKTP 2015

Pagi tadi (Sabtu, 21 November 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2015. Majlis diadakan di dewan sekolah. Majlis Graduasi melibatkan murid-murid Tahun 6. Manakala Anugerah Kecemerlangan pula melibatkan murid-murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Hari ini juga merupakan hari pertama Cuti Akhir Tahun untuk sesi persekolahan tahun 2015.