Khamis, 31 Disember 2015

Pendaftaran Murid-murid Tahun 1 SKTP 2016

Pagi tadi (Khamis, 31 Disember 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan pendaftaran murid-murid Tahun 1 bagi tahun 2016.

Para ibu bapa dan penjaga murid-murid berada di dewan sekolah mendengar taklimat berkenaan sekolah sementara murid-murid menjalani ujian diagnostik di dua buah kelas Tahun 1. Ujian diognastik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci.

Rabu, 30 Disember 2015

Mesyuarat Guru dan Kurikulum SKTP Kali Pertama 2016

Taklimat daripada pihak KGMB (Koperasi Guru-guru Malaysia Berhad) dan pembubaran jawatankuasa BKGS (Badan Kebajikan Guru dan Staf) serta perlantikan jawatankuasa yang baharu diadakan terlebih dahulu sebelum mesyuarat hari ini dijalankan.

Antara jam 10:45 pagi hingga 2:00 petang tadi (Rabu, 30 Disember 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Guru dan Kurikulum Kali Pertama bagi tahun 2016.

Taklimat, pembubaran, perlantikan dan mesyuarat diadadakan di Bilik Mesyuarat. Beberapa kali berhenti rehat ketika aktiviti-aktiviti ini berlangsung.

Selasa, 29 Disember 2015

SKTP, Grow Management 2016

Antara jam 9:45 pagi hingga 1:15 petang tadi (Selasa, 29 Disember 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan program Grow Management 2016. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Wan Shuib bin Wan Ahmad, kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Program diadakan di Bilik Mesyuarat. Beberapa kali berhenti rehat ketika program berlangsung. GROW ialah untuk G (Goal Setting), R (Reality), O (Option) dan W (Way Foward).

Isnin, 28 Disember 2015

Mesyuarat HEM dan Kokurikulum SKTP Kali Pertama 2016

Antara jam 9:15 pagi hingga 12:45 tengah hari tadi (Isnin, 28 Disember 2015), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Mesyuarat HEM (Hal Ehwal Murid) dan Kokurikulum Kali Pertama bagi tahun 2016.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat. Beberapa kali berhenti rehat ketika mesyuarat berlangsung.

Selasa, 15 Disember 2015

Pengisian Skor PKS-SKPM 2015

Hari ini (Selasa, 15 Disember 2015) merupakan hari terakhir Pengisian Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) untuk sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia bagi tahun 2015. Pengisian Skor PKS-SKPM ialah secara dalam talian (online) yang telah mula dibuka untuk pengisian pada hari Ahad, 1 November 2015.

Antara tujuan SKPM ialah untuk menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlangan yang dikehendaki atau yang sepatutnya dicapai oleh sekolah.

Rabu, 9 Disember 2015

Guru SKTP Datang ke Sekolah Disember 2015

Sejak pagi (Rabu, 9 Disember 2015), terdapat guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor yang datang juga ke sekolah membuat kerja-kerja yang masih belum selesai bagi tahun ini.

Guru-guru membuat kerja-kerja yang perlu disiapkan dari semasa ke semasa walaupun sekarang merupakan hari cuti persekolahan akhir tahun 2015.