Khamis, 28 Januari 2016

Bengkel Kerja APDM dan JKM SKTP 2016

Antara jam 2:15 petang hingga 4:00 petang tadi (Khamis, 28 Januari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Bengkel Kerja Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Jadual Kedatangan Murid (JKM) bagi tahun 2016.

Ceramah disampaikan oleh Encik Musliha Safry bin Abdul Razak, Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Disiplin, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. APDM digunakan secara online dan JKM digunakan secara offline.

Peserta-peserta bengkel terdiri daripada guru-guru SKTP dan bengkel kerja ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKTP.

Jumaat, 22 Januari 2016

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKTP 2016

Pagi tadi (Jumaat, 22 Januari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2016.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah dilepaskan untuk kejohanan ini di hadapan Mudun Chinese Methodist Church, Jalan Sri Pagi, Taman Mudun dan penamat larian di dalam kawasan sekolah.

Khamis, 21 Januari 2016

Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat 2016

Pagi tadi (Khamis, 21 Januari 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Langat bagi tahun 2016.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat kali ini diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau "Malaysia Agro Exposition Park Serdang" pagi tadi untuk ketegori 4, 6 dan 8 kilometer.

Ustaz J sebagai Pengurus Pasukan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah pergi menghadiri taklimat penyelarasan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor pada petang Rabu, 13 Januari 2016. Beliau juga membawa empat orang peserta iaitu Narasiimha Rau (12 tahun), Keshan a/l Selvarathnam Baskar (11 tahun), Antonio anak Anjah (10 tahun) dan Caleb Kaphael Rajendran (10 tahun) untuk pendaftaran/ pengenalan trek pada pagi Isnin, 18 Januari 2016 dan hari kejohanan pada pagi tadi (Khamis, 21 Januari 2016).

Selasa, 19 Januari 2016

Bengkel Kerja MPM Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat 2016

Pagi hingga Zohor tadi (Selasa, 19 Januari 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Bengkel Kerja Modul Pengurusan Murid (MPM) untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terletak di Daerah Hulu Langat. Bengkel Kerja MPM kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Peserta-perserta terdiri daripada Guru-guru Data Sekolah, Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru-guru yang terlibat dengan MPM. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Encik Musliha Safry bin Abdul Razak, Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Disiplin PPDHL, ucapan seterusnya oleh Encik Azhar bin Shafiei, Penyelia HEM PPDHL serta ceramah oleh Encik Norulrozi bin Azeri, Penolong Pengarah Bidang Tajaan (Biasiswa), Pegawai Meja MPM, Unit HEM, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Selangor.

Peserta Bengkel Kerja MPM dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor ialah Ustaz J (Guru Data Pengurusan Sekolah/ Guru Penyelaras MPM).

Jumaat, 15 Januari 2016

Sambutan Maulidur Rasul 1437 Peringkat SKTP 2016

Pagi hingga tengah hari tadi (Jumaat, 15 Januari 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1437 Peringkat Sekolah bagi Tahun 2016.

Pada masa yang sama, pihak Panitia Pendidikan Moral mengadakan Program Peningkatan Sahsiah yang diketuai oleh Ustazah Habibah binti Saring.

Semua guru dan murid-murid terlibat dalam program hari ini. Antaranya ialah buku program disediakan oleh Ustazah Repe'ah binti Musa (Ketua Panitia Pendidikan Islam), program diselaraskan oleh Ustaz Mohamad Azam bin Ab Patah, Hafazan al-Qur'an murid-murid diketuai oleh Ustazah Nor 'Aini binti Masri dan Tilawah al-Qur'an murid-murid diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Idris serta dibantu oleh guru-guru yang lain sama ada mereka terlibat untuk program Panitia Pendidikan Islam atau Panitia Pendidikan Moral.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 diadakan di dewan sekolah. Atur cara majlis sebelum waktu rehat ialah ucapan pengerusi majlis 1 oleh Ustazah Asmah binti Zulkefli, bacaan doa' oleh Ustaz J, ceramah 1 oleh Ustaz Mohamad Asri bin Ariffin, ceramah 2 oleh Ustaz J serta pertandingan Hafazan dan Tilawah al-Qur'an.

Atur cara majlis selepas waktu rehat pula ialah ucapan pengerusi majlis 2 oleh Encik Azmir bin Abu Zarim, pertandingan nasyid, ucapan perasmian penutup oleh Guru Besar, Puan Roslinda binti Kamiss dan penyampaian hadiah.

Sabtu, 9 Januari 2016

SKTP, English Camp 2016

Petang ini (Sabtu, 9 Januari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Majlis Penutup untuk "English Camp 2016" yang dijalankan selama 2 hari 1 malam di sekolah ini.

Majlis penutup diadakan di "foyer" sekolah selepas peserta-peserta kem menunaikan solat Asar dan beraktiviti moral.

Jumaat, 8 Januari 2016

Majlis Penutup Orientasi dan Transisi Tahun 1 SKTP 2016

Pagi hingga tengah hari ini (Jumaat, 8 Januari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Majlis Penutup Minggu Orientasi dan Transisi Murid-murid Tahun 1 bagi tahun 2016.

Majlis diadakan di pusat sumber sekolah dan ia dihadiri oleh sebahagian guru-guru kerana ketika ini guru-guru yang lain sedang mengajar di kelas Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Isnin, 4 Januari 2016

Hari Pertama Persekolahan SKTP 2016

Hari ini (Isnin, 4 Januari 2016) merupakan hari pertama persekolahan tahun 2016 bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid lama dan selamat datang diucapkan kepada-murid-murid baharu. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah hari ini.