Khamis, 24 Mac 2016

Majlis Tadarus al-Qur'an Sekolah-sekolah Rendah Zon Ampang 2016

Pagi tadi (Khamis, 24 Mac 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah mengadakan Karnival Dakwah, Majlis Tadarus al-Qur'an (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Zon Ampang bagi tahun 2016.

MTQ Zon Ampang kali ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baharu (SKKCB). Acara-acara yang dipertandingkan ialah Tilawah (Lelaki), Tilawah (Perempuan), Hafazan (Lelaki), Hafazan (Perermpuan), Bercerita (Lelaki) dan Bercerita (Perempuan).

Para hakim terdiri daripada Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru-guru Bahasa Arab dari sekolah-sekolah di sekitar Zon Cheras. Ustaz J dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor sebagai Hakim Munabbih bagi acara Hafazan (Lelaki). Ustaz Mohamad Asri bin Ariffin yang juga dari SKTP, Cheras, Hulu Langat, Selangor pula sebagai Hakim untuk bahagian bahasa bagi acara Bercerita (Lelaki). Bengkel Hakim MTQ Zon Ampang telah diadakan di Bilik Gerakan SKKCB pada petang Selasa, 22 Mac 2016.

Rabu, 9 Mac 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari SKTP 2016

Antara jam 8:15 pagi hingga 9:15 pagi (Rabu, 9 Mac 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari yang telah berlaku pada tahun 1437 Hijrah untuk peringkat sekolah bagi tahun 2016.

Guru-guru dan murid-murid yang berumur 10, 11 dan 12 tahun berkumpul di surau sekolah. Mereka mendengar khutbah gerhana selepas solat sunat gerhana matahari.

Selasa, 8 Mac 2016

SKTP, Phonics Fun (Reading Made Easy) 2016

Antara jam 1:00 petang hingga 2:15 petang (Selasa, 8 Mac 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan program Phonics Fun (Reading Made Easy) untuk guru-guru sekolah ini. 

Program diadakan di Bilik Mesyuarat. Penceramah daripada syarikat UNik Edu Solution Sdn Bhd (908770-A), 17, Jalan Emas 4, Taman Emas, Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.

Isnin, 7 Mac 2016

Mesyuarat Kewangan Kali Pertama SKTP 2016

Antara jam 1:00 petang hingga 2:00 petang tadi (Isnin, 7 Mac 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Kewangan Kali Pertama bagi tahun 2016.

Mesyuarat dipengerusi oleh Guru Besar dan penyata kewangan dibentang oleh Puan Norfarida binti Ariffin, Pembantu Tadbir N22 (KUP).

Khamis, 3 Mac 2016

Karnival SEGAK SKTP 2016

Sebelum waktu rehat pagi tadi (Khamis, 3 Mac 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Karnival SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia) bagi tahun 2016.
 
Semua murid daripada Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 terlibat dengan karnival pada pagi tadi.

Selasa, 1 Mac 2016

Karnival Pingpong Piala SKTP 2016

Pagi hingga petang tadi (Selasa, 1 Mac 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Karnival Pingpong Piala SKTP (bawah 12 tahun) bagi tahun 2016.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SKTP, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid dan Sekolah Kebangsaan Semenyih.