Isnin, 25 April 2016

Pelancaran Minggu Pusat Sumber SKTP 2016

Antara jam 8:10 pagi hingga 10:10 pagi tadi (Isnin, 25 April 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Pelancaran Minggu Pusat Sumber.

Pihak majalah Kuntum telah datang ke sekolah pagi tadi.

Program diadakan di dewan sekolah.

Khamis, 14 April 2016

Kursus Protokol dan Pengurusan Acara SKTP 2016


Antara jam 2:45 petang hingga 5:30 petang tadi (Khamis, 14 April 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Kursus Protokol dan Pengurusan Acara.

Ceramah disampaikan oleh Encik Razak bin Said AMN, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching, Semenyih, Selangor.

Program diadakan di bilik mesyuarat untuk guru-guru sekolah ini.

Rabu, 13 April 2016

Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 RBT Hulu Langat 2016

Antara jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi tadi (Rabu, 13 April 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Daerah Hulu Langat Tahun 2016.

Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 RBT kali ini diadakan di Bengkel RBT, Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor.
 
Kehadiran bengkel dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor diwakili oleh Ustaz J.

Isnin, 11 April 2016

Bengkel Pembugaran Lughatul Fasli Guru Bahasa Arab Selangor 2016

Antara jam 9:15 pagi hingga 3:00 petang tadi (Isnin, 11 April 2016), pihak Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah mengadakan Bengkel Pembugaran Lughatul Fasli Guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah Negeri Selangor Tahun 2016. 

Bengkel kali ini diadakan di Dewan Wawasan, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Kehadiran bengkel dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor diwakili oleh Ustaz J.

Khamis, 7 April 2016

Taklimat Pembugaran SPSK dan SKPM Hulu Langat 2016

Antara jam 9:15 pagi hingga 1:30 petang tadi (Khamis, 7 April 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Taklimat Pembugaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Sekolah Rendah (SR) Daerah Hulu Langat Tahun 2016.

Taklimat Pembugaran SPSK dan SKPM SR kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Kehadiran taklimat dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor diwakili oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Md Nor, Ustaz J dan Cikgu Aslia binti Ali.

Jumaat, 1 April 2016

Kem Bestari Solat Kali Pertama SKTP 2016

Pagi hingga tengah hari tadi (Jumaat, 1 April 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Kem Bestari Solat Kali Pertama bagi Tahun 2016.

Pada masa yang sama, pihak Panitia Pendidikan Moral mengadakan Program Peningkatan Sahsiah.