Jumaat, 29 Julai 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKTP 2016

Pagi hingga tengah hari (Jumaat, 29 Julai 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.

Hari ini ialah hari Jumaat, 29 Julai 2016 bersamaan dengan 24 Syawwal 1437.

Ahad, 24 Julai 2016

Kejohanan Sukan Tahunan SKTP 2016

Pagi hingga petang (Ahad, 24 Julai 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan SKTP Kali Ke-12 di padang Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang terletak tidak jauh dari SKTP.

Rumah Kuning 2016 yang diketuai oleh Ustaz J telah menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan SKTP Kali Ke-12. 

Tahniah diucapkan.

Selasa, 19 Julai 2016

Seminar PLC dan Kajian Tindakan Hulu Langat 2016


Pagi ini (Selasa, 19 Julai 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sedang mengadakan Seminar PLC (Professional Learning Community) dan Kajian Tindakan Hulu Langat 2016 di Aula Perdana, Blok E, PPDHL ketika ini (9:00 pagi). PLC ialah Komuniti Pembelajaran Profesional.

Seminar dijangka akan tamat pada waktu petang nanti. Ucapan pembukaan sedang disampaikan oleh Puan Zainariah binti Ahmad Yusop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPDHL dan selepas ini akan diadakan pelbagai pembentangan berkenaan PLC dan Kajian Tindakan untuk tindakan pihak sekolah. 


Kehadiran seminar dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor disertai oleh Ustaz J.