Selasa, 23 Ogos 2016

Bengkel SSDM SKTP 2016


Petang ini (Selasa, 23 Ogos 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Bengkel Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) di Bilik Mesyuarat SKTP ketika ini (2:30 petang). 

Ceramah disampaikan oleh Cikgu Remi bin Isa, seorang guru yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Cheras, Selangor sejak tahun 2006.

Isnin, 15 Ogos 2016

Bengkel Verifikasi Data SPS Hulu Langat 2016


Pagi ini (Isnin, 15 Ogos 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sedang mengadakan Bengkel Verifikasi Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Hulu Langat 2016 di Aula Lestari, Blok C, PPDHL ketika ini (11:00 pagi).

Bengkel Verifikasi Data SPS dijangka akan tamat pada waktu tengah hari nanti. 

Kehadiran bengkel dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor disertai oleh Ustaz J.

Jumaat, 5 Ogos 2016

Kem Cemerlang Jawi 1 SKTP 2016

Pagi hingga tengah hari (Jumaat, 5 Ogos 2016) dan pagi hingga petang (Khamis, 4 Ogos 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi Kali Pertama Tahun 2016 di dewan sekolah.

Penyelaras program ialah Ustaz J. Guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah ini merupakan fasilitator kem. Mereka ialah Ustaz Mohamad Azam bin Ab Patah, Ustaz Mohamad Asri bin Ariffin, Ustaz Zakaria bin Idris, Ustazah Repe'ah binti Musa, Ustazah Nor'aini binti Masri dan Ustazah Asmah binti Zulkefli.