Selasa, 15 Disember 2015

Pengisian Skor PKS-SKPM 2015

Hari ini (Selasa, 15 Disember 2015) merupakan hari terakhir Pengisian Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) untuk sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia bagi tahun 2015. Pengisian Skor PKS-SKPM ialah secara dalam talian (online) yang telah mula dibuka untuk pengisian pada hari Ahad, 1 November 2015.

Antara tujuan SKPM ialah untuk menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlangan yang dikehendaki atau yang sepatutnya dicapai oleh sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan