Selasa, 19 Julai 2016

Seminar PLC dan Kajian Tindakan Hulu Langat 2016


Pagi ini (Selasa, 19 Julai 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sedang mengadakan Seminar PLC (Professional Learning Community) dan Kajian Tindakan Hulu Langat 2016 di Aula Perdana, Blok E, PPDHL ketika ini (9:00 pagi). PLC ialah Komuniti Pembelajaran Profesional.

Seminar dijangka akan tamat pada waktu petang nanti. Ucapan pembukaan sedang disampaikan oleh Puan Zainariah binti Ahmad Yusop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPDHL dan selepas ini akan diadakan pelbagai pembentangan berkenaan PLC dan Kajian Tindakan untuk tindakan pihak sekolah. 


Kehadiran seminar dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor disertai oleh Ustaz J.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan