Jumaat, 15 Januari 2016

Sambutan Maulidur Rasul 1437 Peringkat SKTP 2016

Pagi hingga tengah hari tadi (Jumaat, 15 Januari 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1437 Peringkat Sekolah bagi Tahun 2016.

Pada masa yang sama, pihak Panitia Pendidikan Moral mengadakan Program Peningkatan Sahsiah yang diketuai oleh Ustazah Habibah binti Saring.

Semua guru dan murid-murid terlibat dalam program hari ini. Antaranya ialah buku program disediakan oleh Ustazah Repe'ah binti Musa (Ketua Panitia Pendidikan Islam), program diselaraskan oleh Ustaz Mohamad Azam bin Ab Patah, Hafazan al-Qur'an murid-murid diketuai oleh Ustazah Nor 'Aini binti Masri dan Tilawah al-Qur'an murid-murid diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Idris serta dibantu oleh guru-guru yang lain sama ada mereka terlibat untuk program Panitia Pendidikan Islam atau Panitia Pendidikan Moral.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 diadakan di dewan sekolah. Atur cara majlis sebelum waktu rehat ialah ucapan pengerusi majlis 1 oleh Ustazah Asmah binti Zulkefli, bacaan doa' oleh Ustaz J, ceramah 1 oleh Ustaz Mohamad Asri bin Ariffin, ceramah 2 oleh Ustaz J serta pertandingan Hafazan dan Tilawah al-Qur'an.

Atur cara majlis selepas waktu rehat pula ialah ucapan pengerusi majlis 2 oleh Encik Azmir bin Abu Zarim, pertandingan nasyid, ucapan perasmian penutup oleh Guru Besar, Puan Roslinda binti Kamiss dan penyampaian hadiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan