Khamis, 7 April 2016

Taklimat Pembugaran SPSK dan SKPM Hulu Langat 2016

Antara jam 9:15 pagi hingga 1:30 petang tadi (Khamis, 7 April 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Taklimat Pembugaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Sekolah Rendah (SR) Daerah Hulu Langat Tahun 2016.

Taklimat Pembugaran SPSK dan SKPM SR kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Kehadiran taklimat dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor diwakili oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Md Nor, Ustaz J dan Cikgu Aslia binti Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan