11 April 2026 (Sabtu) 22 Syawal 1447.
-1 dan 2 menyertai Kursus Perdana Haji (KPH) di MSSAAS.
-1 dan 2 menerima barang-barang makanan sedia dimakan, beg uncang untuk selipar atau kasut dan lain-lain.
12 April 2026 (Ahad) 23 Syawal 1447.
-1 dan 2 menyertai Kursus Perdana Haji (KPH) di MSSAAS.
15 April 2026 (Rabu) 26 Syawal 1447.
-2 di Cawangan BTHO untuk mendapatkan barang keperluan haji. 1 dan 2 menerima beg bagasi tangan, tikar dan 180ml botol spray wuduk.
16 April 2026 (Khamis) 27 Syawal 1447.
-1 dan 2 menerima surat kelulusan kemudahan cuti haji bergaji selama 46 hari mulai 30 April hingga 14 Jun 2026.
18 April 2026 (Sabtu) 29 Syawal 1447.
-Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia (KT001) dengan penerbangan MH8050 pada 4:23 AM selamat tiba di Madinah pada 1:21 PM waktu Malaysia bersamaan dengan 8:21 AM waktu tempatan (waktu Arab Saudi).
25 April 2026 (Sabtu) 7 Zulkaedah 1447.
-SMS 8:00 AM. Tuan/puan dikehendaki lapor diri di MHCC KLIA, 30/04/2026 pada 11:35 AM. Sebarang pertanyaan, sila hubungi TH Contact Center.
-Melalui talian telefon, TH Contact Center (03 6207 1919) menghubungi 1 pada 6:35 PM memberitahu berkenaan lapor diri di MHCC, KLIA.
29 April 2026 (Rabu) 11 Zulkaedah 1447.
-1 dan 2 bermalam di MHCC, KLIA, Kompleks TH, Sepang. Bilik disewa sendiri untuk 1 unit of Superior King (RM539.49) telah dibayar pada Selasa, 14 April 2026).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan