Sabtu, 27 Februari 2016

Pelancaran Program Kilauan Permata dan Seminar Keibubapaan SKTP 2016

Pagi tadi (Sabtu, 27 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Pelancaran Program Kilauan Permata dan Seminar Keibubapaan untuk ibu bapa serta murid-murid yang terlibat dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016.

Murid-murid Tahun 6 UPSR 2016 merupakan geng pertama yang akan menduduki peperiksaan format baharu dalam sukatan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).

Jumaat, 26 Februari 2016

Pelancaran HAN1S dan Pemanasan Global SKTP 2016

Pagi tadi (Jumaat, 26 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Pelancaran HAN1S (Hari NILAM 1 Selangor) dan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) Sedaerah Hulu Langat di dataran sekolah.

Kemudian, pagi hingga tengah hari tadi juga (Jumaat, 26 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan ceramah berkenaan Pemanasan Global oleh Bonus Link di dewan sekolah.  

Khamis, 25 Februari 2016

Mesyuarat KP RBT SR Hulu Langat Kali Pertama 2016

Petang tadi (Khamis, 25 Februari 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Panitia (KP) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah (SR) Daerah Hulu Langat kali pertama bagi tahun ini. Mesyuarat kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Sahrom bin Shamsudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang, Hulu Langat, Selangor. Turut hadir ialah Encik Hoslan bin Mansor (Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama). Pegawai Meja PPDHL pula ialah Puan Suhaila binti Mohd Hassim.

Kehadiran Mesyuarat KP RBT SR dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor diwakili oleh Ustaz J.

Selasa, 23 Februari 2016

Mesyuarat KP TMK SR Hulu Langat Kali Pertama 2016

Antara jam 2:30 petang hingga 4:15 petang tadi (Selasa, 23 Februari 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Panitia (KP) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Sekolah Rendah (SR) Daerah Hulu Langat kali pertama bagi tahun ini. Mesyuarat kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Razak bin Said, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching, Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Ucapan wakil PPDHL disampaikan oleh Encik Musa bin Ismail. Pegawai Meja PPDHL pula ialah Puan Suhaila binti Mohd Hassim.

Peserta Mesyuarat KP TMK SR dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor ialah Ustaz J.

Isnin, 22 Februari 2016

Ceramah Kesihatan dan Tanda-tanda Penyakit SKTP 2016

Antara jam 2:15 petang hingga 4:30 petang tadi (Isnin, 22 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Ceramah Kesihatan dan Tanda-tanda Penyakit khusus untuk guru-guru sekolah ini.

Dua orang tetamu dari luar telah datang ke sini mengendalikan sesi ceramah dan penjualan buku-buku yang berkaitan.

Sabtu, 20 Februari 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 SKTP 2016

Pagi tadi (Sabtu, 20 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-13 di dewan sekolah.

Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali Yang Dipertua (YDP) PIBG sesi 2015/ 2016 kekal sebagai YDP PIBG sesi 2016/ 2017 dan Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad yang sebelum ini merupakan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2015/ 2016 pula dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2016/ 2017.

Rabu, 17 Februari 2016

Kursus Motivasi UPSR SKTP 2016

Pagi ini (Rabu, 17 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Kursus Motivasi UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) untuk murid-murid Tahun 6 bagi tahun 2016.

Ceramah disampaikan oleh Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad di dewan sekolah.

Isnin, 15 Februari 2016

Pelancaran Program Mentor Mentee SKTP 2016

Pagi ini (Isnin, 15 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan perhimpunan rasmi di dataran sekolah dan seterusnya melancarkan Program Mentor Mentee bagi tahun 2016.

Tahniah diucapkan.

Khamis, 4 Februari 2016

Mesyuarat SKK SKTP Kali Pertama 2016

Antara jam 1:15 petang hingga 2:30 petang tadi (Khamis, 4 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan kali pertama bagi tahun ini.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat selepas sesi persekolahan tamat pada jam 1:00 petang hari ini.

Isnin, 1 Februari 2016

Pelancaran Program Guru Penyayang SKTP 2016

Pagi ini (Isnin, 1 Februari 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan perhimpunan rasmi (8:00 pagi) di dataran sekolah dan seterusnya melancarkan Program Guru Penyayang, "Jom ke Sekolah".

Objektif Program Guru Penyayang. 1-Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru. 2-Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 3-Mewujudkan suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.