Khamis, 25 Februari 2016

Mesyuarat KP RBT SR Hulu Langat Kali Pertama 2016

Petang tadi (Khamis, 25 Februari 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Panitia (KP) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah (SR) Daerah Hulu Langat kali pertama bagi tahun ini. Mesyuarat kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Sahrom bin Shamsudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang, Hulu Langat, Selangor. Turut hadir ialah Encik Hoslan bin Mansor (Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama). Pegawai Meja PPDHL pula ialah Puan Suhaila binti Mohd Hassim.

Kehadiran Mesyuarat KP RBT SR dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor diwakili oleh Ustaz J.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan