Selasa, 23 Februari 2016

Mesyuarat KP TMK SR Hulu Langat Kali Pertama 2016

Antara jam 2:30 petang hingga 4:15 petang tadi (Selasa, 23 Februari 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Panitia (KP) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Sekolah Rendah (SR) Daerah Hulu Langat kali pertama bagi tahun ini. Mesyuarat kali ini diadakan di Auditorium Perdana, PPDHL, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Razak bin Said, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching, Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Ucapan wakil PPDHL disampaikan oleh Encik Musa bin Ismail. Pegawai Meja PPDHL pula ialah Puan Suhaila binti Mohd Hassim.

Peserta Mesyuarat KP TMK SR dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor ialah Ustaz J.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan