Jumaat, 27 Mei 2016

Sambutan Israk dan Mikraj 1437 Peringkat SKTP 2016

Pagi ini (Jumaat, 27 Mei 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj 1437 Peringkat Sekolah bagi Tahun 2016 ketika ini (9:30 pagi). 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1437 diadakan di dewan sekolah untuk murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Program mewarna Israk dan Mikraj untuk murid-murid Tahun 1 dan 2 diadakan di kantin sekolah. 

Ustazah Asmah binti Zulkefli mengendalikan program di kantin sekolah. Ustazah Repe'ah binti Musa (Ketua Panitia Pendidikan Islam) dan Ustazah Nor 'Aini binti Masri berada di dewan sekolah. Ustaz Mohamad Azam bin Ab Patah sebagai pengacara majlis serta moderator dan Ustaz Mohamad Asri bin Ariffin memimpin bacaan doa'. Ustaz J sebagai ahli panel 1 dan Ustaz Zakaria bin Idris sebagai ahli panel 2 untuk Forum Israk dan Mikraj pada pagi ini.

Rabu, 25 Mei 2016

Kursus Perkhidmatan E-Mel 1GovUC Hulu Langat 2016

Pagi ini (Rabu, 25 Mei 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sedang mengadakan Kursus Perkhidmatan E-Mel 1GovUC Hulu Langat 2016 di Aula Lestari, Blok C, PPDHL ketika ini (9:00 pagi).

Kursus dijangka akan tamat pada waktu petang nanti. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Mohd Arshad, Penolong PPD ICT dan ceramah pula sedang disampaikan oleh Encik Haizal bin Ibrahim daripada pihak Telekom Malaysia. 

Kehadiran kursus dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor disertai oleh Ustaz J.

Isnin, 16 Mei 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTP 2016

Pagi ini (Isnin, 16 Mei 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di dataran perhimpunan ketika ini (8:30 pagi).

Pengacara majlis pada pagi ini ialah Ustaz J.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang kerana hari ini juga sedang diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaaan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ahad, 8 Mei 2016

Jamuan Muhibbah PIBG dan Guru-guru SKTP 2016

Petang ini (Ahad, 8 Mei 2016), pihak Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Jamuan Muhibbah PIBG dan Guru-guru di Warong Mak Tok, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras ketika ini (4:00 petang).

Jumaat, 6 Mei 2016

Majlis Perpisahan Empat Orang Guru Praktikum SKTP 2016

Tengah hari ini (Jumaat, 6 Mei 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Majlis Perpisahan Empat Orang Guru Praktikum di bilik mesyuarat ketika ini (12:30 tengah hari).

Mereka ialah Cik Ash Shifa Salmi binti Abdul Kadir, Puan Nurhafifah binti Abu Bakar, Cik Wan Norhanisah binti Borhan dan Cik Nor Fatin Nabila binti Shamsudin.

Khamis, 5 Mei 2016

Pertandingan Bowling Guru-guru SKTP 2016

Petang ini (Khamis, 5 Mei 2016), pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Pertandingan Bowling Guru-guru di Mines Bowl @ Mines Play Zone, The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan ketika ini (4:00 petang).

Selasa, 3 Mei 2016

Perasmian Papan Tanda SKK SKTP 2016

Pagi ini (Selasa, 3 Mei 2016), pihak Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Perasmian Papan Tanda Sekolah Kluster Kecemerlangan di pintu masuk utama sekolah ketika ini (8:30 pagi) selepas berkumpul di dataran utama sekolah tadi.