Jumaat, 27 Mei 2016

Sambutan Israk dan Mikraj 1437 Peringkat SKTP 2016

Pagi ini (Jumaat, 27 Mei 2016), pihak Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor sedang mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj 1437 Peringkat Sekolah bagi Tahun 2016 ketika ini (9:30 pagi). 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1437 diadakan di dewan sekolah untuk murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Program mewarna Israk dan Mikraj untuk murid-murid Tahun 1 dan 2 diadakan di kantin sekolah. 

Ustazah Asmah binti Zulkefli mengendalikan program di kantin sekolah. Ustazah Repe'ah binti Musa (Ketua Panitia Pendidikan Islam) dan Ustazah Nor 'Aini binti Masri berada di dewan sekolah. Ustaz Mohamad Azam bin Ab Patah sebagai pengacara majlis serta moderator dan Ustaz Mohamad Asri bin Ariffin memimpin bacaan doa'. Ustaz J sebagai ahli panel 1 dan Ustaz Zakaria bin Idris sebagai ahli panel 2 untuk Forum Israk dan Mikraj pada pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan