Rabu, 25 Mei 2016

Kursus Perkhidmatan E-Mel 1GovUC Hulu Langat 2016

Pagi ini (Rabu, 25 Mei 2016), pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sedang mengadakan Kursus Perkhidmatan E-Mel 1GovUC Hulu Langat 2016 di Aula Lestari, Blok C, PPDHL ketika ini (9:00 pagi).

Kursus dijangka akan tamat pada waktu petang nanti. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Mohd Arshad, Penolong PPD ICT dan ceramah pula sedang disampaikan oleh Encik Haizal bin Ibrahim daripada pihak Telekom Malaysia. 

Kehadiran kursus dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor disertai oleh Ustaz J.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan